career with airforce


   Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh parlimen pada hari Isnin 2 Jun 1958  dan semasa  ia dituibuhkan ia dikenali sebagai " Tentera Udara  Diraja Persekutuan " A ir Commondore  A.V.R  Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British ( RAF ) telah dipinjamkan umtuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik sebagai  Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.

      Beliau bertanggugjawab merangka penbuhan Tentera Udara Diraja  Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi , sumber manusia , aset dan syarat - syarat  perkhidmatan.

      Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Perdana Menteri pertama Tunku Abdl Rahman semasa upacara penerimaan pesawat pertama Rajawali untuk Tentera Udara Diraja Persektuan

 

      Sekumplan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditkarkan daripad Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1985.

      Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip , Sergeant Subramaniam , Corporal Razi Osman , Corporal Othman Mohd Ismail , Corporal Wan Said , Corporal JD Pasley , Corporal Mahevan , Senior Aircraftman ( SAC ) Srindran , SAC Md Noor , SAC Zainal Abidin , SAC Mohd Hussain dan Jnior TEchnician ( JT ) Ismail Ariffin.

      Sebagai angkatan yang muda , tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah ntuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara.

      Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963 , nama Tentera Udara telah telah ditkar kepada " Tentera Udara Diraja Malaysia " atau leebih dikenali sebagai TUDM 

Organanisasi

 

      Struktur organisasi TUDM diwujudkan bagi melahirkan struktur pemerintahan yang  bersepadu dan menjurus kepada daya juang yang berkesan. Struktur berdasarkan kepada konsep pemusatan perancangan dana kawalan pengagihan dibidang perlaksaan. Sturktur ini memberi ruang kepada unit dan skuadron didalam TDM untuk bertindak sebagai entiti yang bebas dan berautonomi dengan elemen logistik bagi harian barisan hadpan.