Pengenalan
Kolej Tentera Udara pada mulanya dipanggil Sekolah Latihan Penerbangan TUDM dalam tahun 1963 . Penubuhan tersebut adalah untuk mengambil alih Lapangan Terbang Alor Setar dari Tentera Udara Diraja British. Pada 1 Jul 1964, Sqn Ldr Fj Woodard seorang pegawai pinjaman dari RAF adalah pegawai memerintah yang pertama.
Pangkalan ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussain pada 10 Mei 1965. Pada tahun berikutnya, pada 21 Feb 1966,kuasa memerintah pangkalan ini telah disandang oleh anak Malaysia bagi pertama kalinya. Beliau adalah Sqn Ldr Sulaiman bin Sujak.
Sejak penubuhannya, Sekolah Latihan Penerbangan ini telah mengalami beberapa perubahan penting. Dalam tahun 1971 pangkalan ini telah mengambil alih kursus latihan lanjutan yang sebelumnya dijalankan di Kuala Lumpur.
Pada Jani 1978, Sekolah Latihan Jurulatih Penerbangan telah ditubuhkan di pangkalan ini. Ianya dikenali sebagai Institut Latihan Instruktor Terbang. TUDM Alor Setar telah dinaikkan ke Kolej Tentera Udara. Lokasinya terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Dengan keluasan seluas 65 hektar persegi ,ianya bertujuan bagi menetapkan semua unit-unit latihan di satu tempat yang sesuai dengan suasana latihan dan mempunyai kelengkapan serta kemudahan mencukupi.
Dengan konsep pemusatan ini beberapa unit latihan TUDM seperti Pusat Latihan Pegawai (PLP), Institut Teknologi Aerospace (ITAS) dan Pusat Latihan Terbang 2 telah ditempatkan di TUDM Alor Setar. Pemusatan unit-unit latihan ini juga berasaskan kepada wawasan TUDM untuk menjadikan Kolej Tentera Udara sebagai ‘Centre of Aerospace Studies’.
MISI
Mengeluarkan pegawai dan ahli udara yang dipupuk dengan sikap yang positif, dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab TUDM melalui penggunaan dan perlaksanaan kurikulum yang berkesan dan sesuai.
OBJEKTIF
- Memastikan keperluan pengguna.
- Memastikan pesawat sentiasa boleh terbang.
- Memastikan setiap anggota mahir dalam bidang pengeluaran
- Perkhidmatan memenuhi keperluan pengguna.
OPERASI
- Menyediakan keperluan domestik dan teknikal kepada pengguna.
- Memastikan moral anggota di tahap tinggi.
- Menyediakan keperluan bahanapi pesawat diperlukan.
- Memenuhi keperluan pengangkutan dalam setiap permohonan.
MISI
Melatih dan melahirkan juruterbang-juruterbang TUDM yang berkemampuan untuk mengendalikan pesawat TUDM di barisan hadapan
OBJEKTIF:
- Melatih juruterbang yang mencukupi bagi keperluan TUDM.
- Memberi pelajaran, kemahiran dan pengetahuan kepada juruterbang.
- Melatih juruterbang ke tahap profesionalisma yang tinggi.
- Penyelidikan silibus latihan penerbangan dan akademik yang dinamik serta praktikal.
- Menerap dan meningkatkan nilai-nilai kepimpinan kepada juruterbang TUDM
- Berusaha mengadakan dan meningkatkan lagi kaedah-kaedah penggunaan aset- aset latihan.
- Mengadakan satu sistem senggaraan pesawat yang mantap bagi pencapaian matlamat asas.
- Mengadakan kursus peralihan jurulatih penerbangan.
PENCAPAIAN
- Melatih dan mengendalikan Pasukan Aerobatik Kebangsaan iaitu Taming Sari
- Melatih juruterbang yang mencukupi bagi keperluan TUDM dan ATM
Pusat Latihan Terbang 2
WAWASAN
Melahirkan Juruterbang Helikopter, Kuartermaster Udara dan Pramugari TUDM
MISI
To produce pilots with correct attitude, sufficient knowledge and necessary skill to operate helicopters through effective and efficient curriculum
OBJEKTIF
- Menetapkan aset-aset supaya keupayaan misi berada di tahap maksima untuk mencapai tugas dan peranan PULATIBANG 2.
- Meningkatkan peralatan latihan, publikasi dan kelengkapan domestik sejajar dengan perkembangan teknologi.
- Menyemai sikap professional, disiplin, sikap yang baik dan semangat setiakawan.
- Menanam kesedaran keselamatan penerbangan yang tinggi di kalangan anggota untuk mengurangkan kemalangan.
- Meningkatkan penghayatan nilai-nilai kerohanian dan jasmaniah di kalangan anggota.
- Meningkatkan tahap kemahiran jurulatih.
FUNGSI
Mengendalikan latihan asas kepada bakal Juruterbang Helikopter, Kuartermaster Udara dan Pramugari TUDM